Thursday, January 8, 2009

ASPIRASI TERUS MARA

Posted on 4:57 AM by ASPIRASI UKM

Aspirasi adalah satu cetusan semangat dan keinginan untuk terus maju kehadapan dengan membawa bersama Aspirasi universiti.

Sebelum ini usaha Gabungan Mahasiswa untuk menghapuskan Kelab Aspirasi di kolej – kolej kediaman nampaknya seperti tidak berjaya. Jelas dan nyata bahawa jentera Aspirasi di kolej – kolej kediaman masih lagi utuh dan bersemangat dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Terbukti bahawa, semangat Aspirasi yang dibawa oleh ahli – ahli Aspirasi adalah lahir dari hati yang murni dalam meneruskan perjuangan menegakkan kebajikan mahasiswa.

Berjuang bukan kerana wang..
Berjuang bukan kerana nama..
Berjuang bukan kerana politik..
Berjuang demi Aspirasi Universiti…

Aspirasi juga selama ini sememangnya mengamalkan cara dan tindakan yang profesional dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kita menggalakkan perbincangan, pertemuan meja bulat dan yang paling utama adalah BUDI BAHASA.
Cuba kita baca kembali rukun Negara yang telah di selaraskan oleh pemimpin kita..

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG – UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pada rukun Negara yang kelima telah ditekankan mengenai kesopanan dan kesusilaan yang bermaksud tiap-tiap orang dan kumpulan dalam masyarakat adalah dikehendaki bertindak dan berkelakuan secara sopan dan susila. Ia haruslah mempunyai moral yang tinggi dan menghormati orang lain.

Itu lah salah satu perjuangan yang dibawa oleh Aspirasi dalam membentuk pelajar yang berintelektual dan berfikiran kritikal.
Anda fikir – fikirkan…

15 Response to "ASPIRASI TERUS MARA"

.
gravatar
Fireroll Says....

saya rasa ini adalah entri pertama dari aspirasi bukan? tapi kenapa stat blog ini sudah melebihi 20,000, tidak kah ini pelik? sebenarnya stat itu boleh diubah apabila mula-mula dibuat, dengan menetapkan angka awal (bukannya sifar) sebelum diupload.

tapi tak mengapalah. sebab sebelum ni umum tidak mengetahui kewujudan blog ini. adakah blog ini dibuat untuk melawan gmukm? tetapi kenapa skg? mungkin sebab dah masuk musim prk, then baru ada isi nak tulis. tapi jangan hangat2 tahi ayam aje. teruskan menulis dan wujudkan demokrasi yang seimbang san sihat.

.
gravatar
azizan anwar Says....

assalamualaikum. Akhirnya muncul juga blog aspirasi ni. Lama dah saya tunggu...Ingatkan takut tadi. Ni saya nak tanya,

1-boleh tak aspirasi buktikan bahawa apa yang GM cakap tu salah?

lagi satu, saya nak tanya, jumlah hit counter kat blog aspirasi yang baru je buat semalam ni betul ke? baru publish semalam dah cecah 20,312 orang ????

.
gravatar
azizan anwar Says....

assalamualaikum. maaf, saya nak bertanya lagi. bukan niat nak menyusahkan. Tapi mmg teringin untuk wakil aspirasi jawab. kalau tak menjawab, tak mengapa.

1-mengapa tahun ni banyak sangat prosedur baru untuk menjadi calon?

.
gravatar
azizan anwar Says....

harapan saya, agar aspirasi boleh buka "shout box" bagi memudahkan kami semua mahasiswa bertanya dan meluahkan pendapat....wasslam

.
gravatar
Anonymous Says....

kepada cik azizan,

kurang-kurangkan lah was-was dalam diri tu...

tak elok kalau kita amalkan syak wasangka pada aspirasi nih...

sikit-sikit cukuplah kot,karang tertambah dosa lah plak...

salam~

.
gravatar
Anonymous Says....

apahal nk kecoh pasal hit counter?? lantak dorang r...bangang tul....suma bangang....

.
gravatar
hantusoleh Says....

nie...kami just nak ingtkan...

peraturan tu..BUKANLAH ASPIRASI yang buat..anda kenapa bende nie takleh paham???adakah kami diberi autoriti utk menggubal???

nak tnye kami....nak kami jawap ape..bkn kami yang buat...seperti anda tanye kambing..."nape kucing tak makan rumput ye.."nak soh kambing jawab camne...yg tanye (kat kambing) tu pon otak cam kambing...btol tak...gi la tanye kucing..

kpd anonymous..biarlah...mmg fikrah mereka utk mempertikai bende yg kecil...tu baru hit counter...blom tnye pasal nape warne biru...nape tak wat wane kelabu ke...biase la tu...fikrah mereka mmg utk memikirkan tentang...aspek yg -ve...sye slalu ikuti tentang kursus tu...dlm2 byk2 input kat kursus tu...soal bayaran makanan yg difikirnya...itukah mahasiswa yg nak memperjuangkan Islam??soal membazir???bkn bg syaitan makan...manusia...

.
gravatar
Anonymous Says....

bukan nye kecoh pasal hit counter, tapi nampak cam menipu gak la aspirasi nie, kononnya ramai orang dah tgk w/pun baru bukak.

sama je. semua mementingkan kuasa. skrg ckp boleh la. bila dah jadi MPP senyap entah ke mana. bagus !

.
gravatar
Anonymous Says....

nape plak takleh ramai yg da tgk???kalo da mmg hakikat ramai mahasiswa masih sygkan ASPIRASI???

ye saye tahu ini teknologi...kita yg wat die..btol..dgn teknologi kita leh wat macam2...

contohnya dgn ambil gambar pegawai..crop n edit skit...pastu wat paparan n menyatakan pegawai nak tendang pelajar...itu teknologi..jgn ingat anda sudah mahir dengan teknologi..itukah jenis penggunaan teknologi yang patut digunakan??

adakah dengan sifat gilakan kuasa hingga sanggup memfitnah pegawai..???fitnah bangsa sendiri???FITNAH SAUDARA SENDIRI??inikah perjuangan Islam yg kita mahu??

.
gravatar
hantusoleh Says....

"sama je. semua mementingkan kuasa. skrg ckp boleh la. bila dah jadi MPP senyap entah ke mana. bagus !"

anda dah kaji belom apa yg ASPIRASI perjuangkan???atau anda hanye omong kosong atau cube memutar belitkan fakta??

.
gravatar
Anonymous Says....

Berjuang bukan kerana wang..
Berjuang bukan kerana nama..
Berjuang bukan kerana politik..
Berjuang demi Aspirasi Universiti…

kalo nak murah apply uitm la...nape pilih ukm...pe kehe???ak duk u nak blaja dgn tenteram...blh x camtu??haha

.
gravatar
Anonymous Says....

i just love it la!!..i mean,this blog la...

ASPIRASI!
STUDENT POWER!
MAKKAL SAKTI!

.
gravatar
Anonymous Says....

ish3...
gm ni..ader2 j korang ni...
macm2 korang nk persoalkn..
byk cakap tul la...
wat keje bkn bgos pon...
mcm la korang tu betul sangat..
sape yang sokng GM mmg dia bangang!!
cube cakap cikit pe yang korng nk wt ngn ukm ni ble korang da mpp nt??
melakukan perubahan atau meroskkn perubahan yang telah sedia ada..

.
gravatar
Anonymous Says....

petikan dari blog tukartiub - Hishamuddin Rais

PELAJAR BERILMU HARUS MAMPU TOLAK KEPALSUAN, KATA KHALED

JAKARTA, 22 Sept (Bernama) Para pelajar di universiti dan pusat pengajian tinggi baik di dalam mahupun di luar negara, sebagai intelek dan mempunyai akses kepada pelbagai maklumat, seharusnya menjadi golongan yang menolak kepalsuan dan siapa juga yang menyebarkan dakyah yang tidak benar mengenai negara.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata mereka yang berilmu dan intelektual seharusnya menjadi orang yang mencintai kebenaran yang digali dengan mengutamakan fakta-fakta yang jelas dan bukan semata-mata laungan pembohongan dan dakwaan yang tidak disokong fakta.

kah kah kah…. ini berita baik beeb… patutlaaa ramai student tak baca utusan lagi… mereka tak tengok rtm, muntah dengan tv3 …. kah kah kah…

sekarang ni student baca malaysiakini, malaysia today, suara keadilan, roket dan harakah dan blog…. baru gua faham … mereka menolak kepalsuan….kah kah kah…

patutlah mereka ketawa bila melihat kardi dari sintok…..kah kah kah
patutlah mereka kah kah kah nila bila mendengar nama shabeery…. kah kah kah
patutlah mereka tak ambil pot kang kong kang kong dari ukm.....kah kah kah
patutlah mereka menguap bila melihat gambar bik mama…..kah kah kah
patutlah mereka berborak bila mendengar ucapan khaled nordin….kah kah kah
nasib baik ada kueh untuk berbuka….kalau tidak satu habuk student tak datang….kah kah kah

kalau ikut cakap khaled ni kumpulan mahasiswa aspirasi adalah kumpulan yang paling bodoh dalam kampus ...kah kah kah….patutla mereka tak ramai…kah kah kah

.
gravatar
pemerhati Says....

salam...ade ade je yg nak laga2kn org....perjuangkan islam dlm diri dulu baru bley persoalan org lain....insaf2 la...