Friday, January 30, 2009

FAKTA DAN KEBENARAN V2.0

Posted on 9:36 PM by ASPIRASI UKM

Auta:

“Mereka telah menyelongkar bilik PMUKM dan membuat bilik PMUKM itu seperti bilik gerakan mereka.”

Fakta:

MPP sekadar mengambil kesempatan pada cuti semester ini untuk bersama-sama gotong-royong membersihkan bilik PMUKM. Di samping dapat memberikan nafas baru kepada suasana bilik itu, mereka juga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Salahkah sekiranya mereka ingin bekerja di dalam suasana yang kemas dan tersusun?

Nama bilik itu adalah BILIK PMUKM. Di situlah tempat mereka sebagai pejabat urusan dan menjalankan aktiviti. Pelikkah kalau mereka menjadikan bilik itu seperti bilik gerakan mereka?


Auta:

...mereka dengan rasa tidak bersalahnya, telah membersihkan bilik tersebut dan membuang fail-fail yang mungkin ada kepentingan untuk diketahui oleh mahasiswa.”

Fakta:

Membersihkan bilik perlu ada rasa bersalahkah? Pelik…Pelik…

Mungkin fail-fail yang mereka buang adalah dokumen-dokumen yang sudah tidak releven seperti kertas kerja program tahun 1998 atau cuma surat-surat jemputan program yang telah berlalu. Adakah GM mempunyai bukti bahawa fail-fail yang dibuang ada kepentingan yang perlu diketahui oleh mahasiswa? Kalau ada sila kemukakan, jangan bercakap atas angin sahaja.


Auta:

“…perbuatan memasuki bilik PMUKM tanpa kuasa yang sah, adalah amat dikesali.”

Fakta:

MPP bersama-sama turun membersihkan bilik PMUKM atas dasar rasa tanggungjawab semata-mata. Walaupun mereka belum dilantik secara sah, mereka sudah bermula untuk memainkan peranan masing-masing. Ingat, walaupun mereka belum dilantik secara sah tetapi mereka tetap AKAN MENJADI MPP. Jadi, mengapa tunggu sehingga dilantik secara sah baru hendak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pelajar? Barangkali itu cara GM bekerja.


Auta:

“Ini menunjukkan mereka telah gagal mematuhi peraturan dan undang-undang, yang tidak wajar diikuti oleh mahasiswa UKM.”

Fakta:

Sila kemukakan Akta dan Undang-Undang UKM yang menyatakan bahawa MPP yang belum dilantik secara sah tidak boleh memasuki bilik PMUKM.

Untuk pengetahuan semua, bilik PMUKM adalah terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira fakulti, tahun pengajian mahupun kaum. Mereka boleh datang singgah pada bila-bila masa untuk berjumpa dengan MPP untuk mengadu masalah ataupun sekadar untuk berborak dan beramah mesra.


Auta:

Dari masa ke masa, GMUKM akan melakukan intipan dan juga siasatan akan segala penyelewangan dan kesalahan yang dilakukan oleh MPP Aspirasi, untuk kebaikan Mahasiswa UKM itu sendiri.”

Fakta:

Salah eja “penyelewangan”. Sepatutnya “penyelewengan”.

Sejak 6 tahun lepas apabila Aspirasi memegang tampuk kepimpinan pelajar, GMUKM tidak pernah berputus asa untuk mencari kesalahan dan kesilapan Aspirasi. Tidak dapat dinafikan memang mudah untuk mencari kesalahan dan kesilapan orang lain, sehinggakan tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri.

Apa kata sekiranya GMUKM menggunakan masa tersebut untuk memperjuangkan manifesto yang dilaung-laungkan semasa PRK seperti PENGHAPUSAN KOS PENTADBIRAN PTPTN daripada menabur fitnah dan menyebarkan khabar angin palsu di dalam blog. Ini baru dikatakan sebagai untuk kebaikan Mahasiswa UKM itu sendiri.


Walaupun GMUKM dan Aspirasi mempunyai fahaman dan haluan yang berbeza, Aspirasi ingin mengucapkan terima kasih kepada GMUKM kerana selama ini tidak jemu untuk memantau dan menjaga MPP Aspirasi, kerana dari itulah mereka dapat menyedari akan kesilapan yang perlu mereka perbaiki.


TERIMA KASIH! THANK YOU! XIE XIE! NANDRI!

6 Response to "FAKTA DAN KEBENARAN V2.0"

.
gravatar
Anonymous Says....

apakah yg terjadi sebenarnyer?

salahkah membersihkan bilik pmukm?

salah kah?

kah?
kah?

.
gravatar
TULIS ONLINE Says....

Salam Blogger,

Saya dan semua rakan MPP Aspirasi merasa KESAL akan segala TOHMAHAN pihak GMUKM ini.

Inikah balasan yang kami terima setelah kami 'buat kerja'???

Adalah untung bagi MPP GMUKM kerana tak perlu bersusah payah nak membersihkan pejabat PMUKM kerana kami MPP Aspirasi secara SUKARELA telah membersihkannya.

Kami secara ikhlas memang KECIL HATI dalam hal ini. Apa DOSA kami???

Walaupun begitu, percayalah MPP Aspirasi semuanya SEMAKIN bersemangat untuk berdepan dgn GMUKM.

Kami di pihak YANG BENAR!!!

-Sarfa

.
gravatar
Anonymous Says....

go aspirasi go!!!

kami pon semangat nak support korang PMUKM!!!!!kita buktikan tahun ni ASPIRASI ni berdaya saing,beb!!!!sampai diorg xde benda nk kelentong dak2 tahun dpn...nnt sure dia akan ulang isu lama..oleh itu,kepada admin,save laaa semua artikel gmukm tahun ni..kalau thn dpn dia guna isusama,tunjukkan pada bdk2 semua,akhirnya blog yg dia buat utk mengutuk aspirasi akan mmakan diri gmsendiri....yes2!!!aku suka!!!!

go pmukm go!!jadi mcm aspirasi!!jadi luar biasaaaaaaaaa!!

.
gravatar
Anonymous Says....

salam kepada semua..

mungkin ini satu pandangan..

anda semua, sebagai mpp sudah diamanahkan dengan tanggungjawab tidak salah jika anda semua (MPP) bekerjasama..

itu yang penting..kerjasama..jika tidak, tiada kesudahan..

masing2 ada ego..

.
gravatar
MoHFiR - Mohd Firdaus Says....

Ala GM saja nk keruhkan keadaan... Modal dah habis.... Tahniah atas kewujudan blog ini untuk menjawab segala isu berbangkit... kalo korang buat blog ni tahun lepas aku rasa mungkin korang akan dapat undi popular.