Monday, January 26, 2009

MUSYAWARAH KEPIMPINAN MAHASISWA 2009

Posted on 7:37 PM by ASPIRASI UKM

Assalamualaikum

Sahabat sekalian,

Pihak Admin akan mengaturkan satu mesyuarat untuk membincangkan hala tuju dan peranan ASPIRASI dalam membawa suara dan memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Perjumpaan ini akan melibatkan wakil dari setiap kolej seluruh UKM (kampus KL dan Bangi). Ini adalah perjumpaan sulung seumpamanya yang membuktikan bahawa ASPIRASI betul-betul serius dalam mewakili pelajar. 

Sehubungan itu, pihak Admin memohon jasa baik dari semua kolej untuk menghantar wakil mereka ke perjumpaan tersebut. Setiap kolej dicadangkan menghantar 3 orang wakil dan pengesahan kehadiran hendaklah dibuat melalui email kepada aspirasiukm@gmail.com sebelum 7 februari 2009. Perjumpaan akan diadakan pada 14 Februari 2009. Tempat akan dimaklumkan melalui email anda. Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon yang bleh dihubungi dan nama kolej anda. 

Senarai penuh kehadian setiap kolej akan dipaparkan di dalam blog ini 3 hari sebelum tarikh perjumpaan. Sekian wasalam.

MUAFAKAT ASAS PERPADUAN

7 Response to "MUSYAWARAH KEPIMPINAN MAHASISWA 2009"

.
gravatar
Anonymous Says....

teruskan aktiviti anda. blog anda nampak professional, melambangkan kesungguhan kerja anda. semoga terus menjadi suara mhasiswa/wi.

.
gravatar
Anonymous Says....

korang tak malu ker join aspirasi. dah besar masih duduk bawah ketiak mak lagi.

malulah sket.

gerakan yang tulen takkan muncul bila mahu menempek saja. sikit2 nak guna jentera univeriti. malulah jadi mahasiswa.

.
gravatar
joe_lobu Says....

aku salute ng musyawarah ni..
very good action..
we all together..
harap musyawarah ni dapat sumbang banyak idea untuk kebaikan aspirasi
macam ni barulah mantap..

.
gravatar
joe_lobu Says....

ni bukan u di post dalam komen
tapi kalo nak pos bleh gak
KTSN akan ada kan prog di Tasik Titiwangsa Feb ni..
I m not sure when the prog is..
admin could ask for the KTSN

.
gravatar
Anonymous Says....

tipah tak tertipu said
"korang tak malu ker join aspirasi. dah besar masih duduk bawah ketiak mak lagi.

malulah sket.

gerakan yang tulen takkan muncul bila mahu menempek saja. sikit2 nak guna jentera univeriti. malulah jadi mahasiswa."


klu x guna nama universiti, nak guna nama ape? PAS? PKR?

cakap je lebih, x sedar sebelah GM di support oleh senior yg bekerja dengan PAS.. tahun lepas pun masa konvoi moto, aku tgk pajero hitam, dlm tu semua org dlm lingkungan 30 an dan berserban.. student ke?ke master student? ke org PAS?

plat start ngan "D" plak tu..

fikir - fikirkan lah..

.
gravatar
Anonymous Says....

hidup SB-SB UMNO dlm aspirasi..
catur la mahasiswa2..(eh silap) pelajar2 UKM supaya minda2 mereka cam budak sekolah... keintelektualan mahasiswa diragut dengan kemasukan budaya hedonisme yang ada dlm UMNO...